~"I always wonder why birds choose to stay in the same place when they can fly anywhere on the earth, then I ask myself the same question"-Harun Yahya

Saturday

Oh Muslimah!!!



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu

Rasulullah kasih kepadamu



Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia



Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati



Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya



Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati



Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya



Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah



Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah



Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta



Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


      Menjadi wanita memang menyenangkan, apa lagi menjadi wanita “Muslimah”, sebab muslimah bererti wanita yang telah dipilih oleh ALLAH untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya.
Rasulullah sebagai manusia pilihan ALLAH, sangat mengambil berat terhadap muslimah. Beliau sangat menyayangi muslimah hingga beliau berpesan dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,
“Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan dapat memasukkannya ke dalam syurga.”
Di masa Baginda hidup kaum wanita mreasakan angin segar dalam kehidupannya, sedangkan sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semerstinya.
Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.
Jadilah seorang muslimah yang tidak memandang dan tidak dipandang.."Menjadi seorang muslimah yang dihormati itu adalah lebih baik berbanding menjadi seorang wanita yang sangat diminati oleh kaum Adam"..

~Peliharalah dirimu wahai wanita ku sayang~

Menjadi seorang muslimah yang owesome!!!