~"I always wonder why birds choose to stay in the same place when they can fly anywhere on the earth, then I ask myself the same question"-Harun Yahya

Saturday

Ceritera in Seoul Korea! #Part1

Assalamualaikum..hye korang! Lama betul rasa tak update. Alang-alang baru masuk sem baru ni, takda benda nak buat, *amboiii study2! Seminggu dah in Seoul ( Sejong University ). Exchange student for 4 month. Sebelum pergi tu risau jugak macam-macam. Terutamanya duit lah kan, kat sini mahal... hwaaaa *nangis tepi tingkap. Second, makanan. Ommoo!! susah nye bila dah sampai sini nak cari makanan halal. Bila dah ada, tekak macam nak tak nak je bagi masuk. haha! 

Tengok matahari terbit. *rasa nak berenang atas awan :D

Ahjussi geleng kepala beg banyak sangat. haha! nasib baik tak bawak satu rumah tau ahjussi

Sebelum turun flight tengok weather -3. Takpelah tak sejuk sangat *monolog diri.Sekali turun-turun, Ya Allah menggigil kaki. haha! Masing-masing keluar bising. Kami semua 22 students dalam flight tu. Tapi bila dah turun tu, memasing ikut haluan masing-masing.
Beli tiket bas, then naik.. First sampai, ingat kita kena heret beg sendiri haha! banyak kowtt.Nasib baik tak nangis kat situ taw. Roda patah sebelah tau takkk! sedih~ *takda picture nak tunjuk.
Lama juga nak sampai sejong ( children grand park )from incheon.
Duduk dalam bas, niat nak cuci mata explore korea...butttt boleh tertidur dalam tu.. alaaa! 

My University! *sekejap je k 

Sampai je sejong, bas berhenti seberang jalan. Masing-masing muka dah gelabah habis. haha! beg sorang sekali 3,4 beg. tu belom campur kotak bagai. Nasib baik tiba-tiba....haaa jeng jeng haha! oppa tolong angkat beg. yeayy! *eh over nye. mianne. student sane tolong sambut kami semua .Tapiii dia tarik yang roda patah satu tu, haha yang paham dia cakap perkataan Daebak je. Mesti dia pikir dasyat betol budak ni tarik beg takde roda.. whatt! malu k malu. Dalam tu penuh makanan, satu beg makanan saja.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, dari dalam flight duk fikir macam mana dah sampai nanti nak mengheret beg bebanyak tu, Finally semuanya okey.. rasa seronok, excited tu membiak dengan pantas. LOL!

Ok lah,stop sampai sini dulu story kita..banyak lagi ni nak bebel. tapi sabar-sabar. Mengantuk dah ni. Anyongg guys!

by : @chiksyara.blogspot.com *tak reti menulis, tapi kita hentam jelah kan. For suka-suka. bye!

******continue







No comments:

Post a Comment